Kelas Asas ICT (MS Word)

30 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 29 November 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu kelas MS word bersama dengan komuniti sekitar Lubok Antu. Seramai 4 orang peserta yang menghadiri kelas tersebut. Kelas ini diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.
Kelas ini bertujuan memantapkan pengetahuan peserta dalam menggunakan menggunakan Microsoft word. Dalam kelas ini, para peserta telah di dedahkan dengan cara membuat surat rasmi menggunakan MS Word. Pertama sekali, peserta didedahkan dengan kepentingan mengetahui cara membuat surat rasmi misalnya urusan pejabat seperti membuat permohonan sesuatu projek, menjemput VIP ke jamuan atau majlis tertentu dan banyak lagi. Para peserta diajar membuat alamat pada header, dan juga susunan format surat rasmi secara terperinci. Di samping itu, para pelajar juga secara tidak langsung didedahkan dengan kepelbagaian kegunaan button yang ada pada MS Word, contohnya, memasukkan jadual, menukar font tulisan, memilih jenis tulisan yang bersesuaian dan lain-lain. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberikan ceramah Klik Dengan Bijak beserta tayangan video KDB.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada kepentingan surat rasmi
2. Penerangan tentang MS Word dan kepelbagaian fungsinya.
3. Latihan membuat surat rasmi
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali